Friday, September 19, 2008

Keistimewaan Wanita....

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih
penyayang daripada Bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1.000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH SWT dan orang yang takutkan ALLAH SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar kerumah) lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW )
didalam surga.
6. Barang siapa mempunyai 3 anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan
mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab maka
baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.
8. Surga itu dibawah telapak kaki ibu. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
9. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.
10.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung diudara, malaikat dilangit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya
dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

No comments: